Sunday, May 17, 2009


“Pemilik cintaku setelah Allah & Rasul”

Pada 23 april lps, aku telah telah membeli sebuah buku bertajuk “Pemilik cintaku setelah Allah & Rasul” di pesta buku PWTC..tp bukan aku pegi sendiri, aku kirim kat kawan…hehe..
Aku yang sememangnya bukan nyer suka sgt membaca.. tp bila kawan2 aku yang dah beli mengatakan buku tu syok la.., jadi aku rasa teruja ingin tahu apa yang ada kat dalam buku tu….sebenarnya aku baru jer habis baca keseluruhan isinya pada sabtu lepas..lamakan?

Kat sini sebenarnya aku nak kongsi la sedikit tentang isi buku dan pendapat aku tentang buku tersebut….

setelah aku baca keseluruhan buku tersebut aku rasa syok sgt ….
Dengan kisah qani’ah dan bakal suaminya yang memelihara hubungan dengan berlandaskan syariat islam sehingga ke jinjang pelamin..kalau diikutkan zaman sekarang jarang sangat anak2 muda yang dapat memelihara hubungan mereka sebegitu rupa..malah yang tiada apa2 ikatan pun lebih suka berdua2an di setiap penjuru..

Pada bab1, tiada cinta sebelum kahwin… aku suka sangat prinsip yang dipegang qani’ah yang mana ketika dalam tempoh belajar dia nekad dengan niat untuk belajar..sehingga lah ketika di universiti dia telah menerima beberapa risikan ttp….dia menolak dengan baik..sehinggalah dia berjumpa dengan seorg lelaki yang betul2 dapat menawan hatinya yang dihiasi dengan sifat yang terpuji..kata2 qani’ah “cinta hanya untuk suami, takkan kukongsi”

Dalam buku ini juga diselit juga dengan tips menepis cinta remaja yang melalaikan,kewajipan yang ada pada seorang muslim, tips memiliki syurga dunia di alam rumah tangga…dan byk lg la…
Dan juga disertakan doa2 yang sesuai…

Pendek kata rugi kalau tak baca buku ni…untuk pengetahuan, buku ni adalah keluaran yang terbaru Fatimah syarha..
Sama2 lah kita mengambil manfaat dari buku ini…

No comments:

Post a Comment