Sunday, March 13, 2011

Welcome to sk tampi-tampi…

Tuju khas buat kawan2 ku di ipg:

“Andainya ku rasa tak berupaya

Hidup sendirian tiada pembela

Segalanya suram bagai mlm yg gelap

Tiada bantuan, tiada tujuan

Jgnlah berputus asa, kerana Allah bersamamu”

-Maher zain insyallah malay version-


22/2/2011 (isnin)

Bertolak ke semporna





23/2/2011 (selasa)

First day at sk.tampi-tampi [minggu orientasi sekolah (MOS)]


8/3/2011 (selasa)

Majlis Tilawah Quran [MTQ] peringkat zon C (Sk. Kabogan)



Saturday, January 29, 2011

tinggi-tinggi gunung kinabalu.... tinggi lg syg sm kamu...

"tahniah fatirah, kami doakan moga dipermudahkan segala urusan disana...slmt menjadi pendidik yg berjaya" -k.nurul sk.hamzah1-

diantara ucapan sms yg diterima setelah aku ditawarkan untuk mengikuti kursus kpli j-qaf. sape tak gembira? tp jauh la.... nun seberang laut malaysia, sabah bah. tp demi menjadi seorang pendidik aku sanggup.
ma et dpt j-qaf kat tawau, sabah! yo ko jauh nyoh...pahtu gano? baik kafa.... kputusan kafa kluar doh ko? mintak ngan k.pah biar dpt sek kat umoh jah...sk mata air ko.. hehe ma,ma,ma, tp aku tau sebenarnya ma tak nak pisah lg ngan aku..byg la dr ting 1 hingga skrg aku tak lkt kat rumah. ma selalu tinggal sorg. ish....ish..sedih jugak bila teringat..

seminggu sudah aku menjalani aktiviti dlm minggu pengurusan pelajar kpli ni. byk pengalaman yang aku dapat. hari pertama slps mendaftar dan urusan penginapan kami telah dihidang dengan taklimat ringkas bersama ibubapa penjaga yg hadir. ldk pertama bermula pd sbelah mlm.dan diikuti ldk 2,3 dan 4 pd keesokkan harinya..kami seronok sgt wlupun adik2 kat sini garang2 blaka..(dlm program ni je) namun refleksi akhirnya adalah untuk memupuk jati diri seorang guru..diajar tuk menari, menyanyi, menyumbangkan idea, dan ada semangat kepimpinan, dan bekerja dlm kumpulan..

saya bangga menjadi guru..

visi aku, yg ingin maju dlm bidang ilmu perguruan. dan manakala misi ingin melahirkan anak bangsa yg berkualiti dlm aspek rohani dan jasmani.

3 lagu yg kami kena hafal sabah tanah airku, guru malaysia,institut pendidikan guru...caiir dah pun hafal...

last aktiviti tuk mlm kebudayaan, di minta tuk buat satu teater muzikal, berserta pantun, puisi, dan poem. aku telah ambil bhgn dlm teater muzikal....hehe menari, tarian sumazau....ewah..
"tinggi-tinggi gunung kinabalu....


ini antara gambar yg sempat diambil




heheheheheh....................
masih igt dengan gaya bg kata2 ini, terima kasih, thank you, sie sie, nandra', shukran, arigato haip...terima kasih, kami sayang fasi...............( kata2 yng kami kena sebut berserta gaya setiap kali slps mkn.

ok la itu je ceritanya....cerita posting plak menyusul slps ini...insyallah

Tuesday, July 27, 2010

hehehehehe......


Bila tamat pengajian......

pelbagai persoalan akan timbul. soalan ini adalah soalan favorite yang ditya oleh ibu,bapa dan kawan2 yang kita syg...hehe. seperti biasa bila soalan2 ini diajukan kita akan merasa tertekan dan akan dalam dilema yg berpanjangan...mari kita tengok sape yang kena..hahahihihuhu, antara soalan yang saya telah kaji setakat ini adalah seperti dibawah.

1) kerja:
-ngaji tinggi2 takkan kerja kat tadika je kot!?
-kerja kat tadika tu berapa gajinya baik la awk keje promoter ke lg byk.
-cukup ke gaji tu nak beli kereta nnti, berapa tahun la kena kumpul..


2) kawin:
-umor awk berapa dah??
-kakak saya umo 24 thn, kuar u kawin terus.
-dah ada pakwe blum??


ok2 kpd semua soalan diatas, kita patut berusaha untuk memberi jawapannya dengan baik kelak...selebihnya kita bertawakal kepada Allah S.W.T. sesungguhnya Allah Maha mendengar dan melihat setiap doa hambanya ini... amin.

Thursday, February 18, 2010

Karya terbaru, berdasarkan dairy kehidupan sebenar...

Kembara Ke Tanah Suci……………..
29 Oktober hingga 12 Disember 2009 (44 hari)

Tatkala menerima tawaran mengerjakan haji walaupun sekadar status standby pada awalnya, hati aku sudah berulang kali mngucap syukur padaNya. Segala persiapan dibuat secara beransur-ansur terutama dari segi ilmu pengetahuan dan kewangan. Kami sdaya upaya menghadiri kursus yang dianjurkan ditambah dengan bacaan buku dan menonton tayangan CD. Pihak tabung haji telah menelefon suami pada 25 Oktober 2009 jam 9 malam ( tengah membeli beg kat jaya jusco), meminta kami bersiap sedia untuk berlepas pada 29 Oktober 2009 jam 1.30 pagi.kami tergaman Ya Allah ! begitu singkatnya tempoh masa yang diberikan. Walaubagaimanpun Allah banyak permudahkan segala urusan kami. Terima kasih Pn Roaini kerana sempat mengadakan majlis yang bermakna bagiku. Yang penting aku sempat memohon maaf dengan semua orang sebelum berangkat.

30 oktober 2009 jam 9.30 pagi waktu Malaysia ( 4.30 pagi waktu Madinah) kami selamat mendarat di Lapangan terbang Lapangan Terbang Madinah. Bergugurann airmataku bila pertama kali menyaksikan keindahan bumi Anbia ini. Terima kasih Allah kerana memakbulkan doakan. Impianku untuk ke sini sejak di bangku sekolah lagi sudah terlaksana. Sebelum ini apabila meyaksikan gambar2 madinah dan mekah di TV atau akhbar aku akan terus berdoa agar dipermudahkan ke sana. Kami terus menaiki bas yang disediakan untuk ke hotel. Alangkah terkejutnya kami kerana apa yang dibayangkan selama ini bukan kenyataannya. Hotel yang dikhususkan untuk kami merupakan hotel 5 bintang dan berhadapan dengan Masjid Nabawi. Aku ditempatkan dua orang sebilik sahaja bukan kumpulan yang ramai seperti cerita jemaah haji yang lepas. Alhamdulillah…Betapa banyaknya nikmat yang engkau kurniakan. Selama 8 hari berada di bumi Madinah ini banyak perkara yang kami lakukan yang dikenali sebagai ziarah dalam iaitu solat di dalam Masjid Nabawi setiap kali waktu solat, menziarahi makam Rasulullah SAW, para sahabatnya Saidinna Abu Bakar dan Umar, Mengunjungi Raudah, dan Perkuburan Baqi’. Manakala ziarah luar ialah mengunjungi Masjid Quba’ ( Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW ketika peristiwa hijrah ), Masjid Qablataini, dan Ladang Kurma.

Pada 07 November 2009 selepas Asar kami meninggalkan bumi Madinah. Kami bersiap sedia berpakaian ihram kerana bercadang mengerjakan ibadat Haji Tamattuk. Sesampai di Bir Ali ( Mikat Makani) kami diturunkan untuk Solat Maghrib dan Isya’ secara jamak taqdim dan berniat ihram umrah. Dalam perjalanan ke Mekah itu yang mengambil masa lebih kurang 8 jam, kami berhenti sekejap di R&R untuk menikmati makanan dan merehatkan diri. Pada pukul 1 pagi kami selamat sampai di Hotel Jandariyah Mekah dengan disambut oleh petugas Tabung Haji. Selepas menyimpan beg, suami terus mengajakku untuk menyelesaikan ibadat umrah wajib dengan mengerjakan tawaf, saei dan tahallul . Kebetulan rakan sebilik sudah berpengalaman mengerjakan ibadat umrah sebelum ini. Aku begitu teruja untuk meyaksikan kaabah secara live, tidak putus2 mengucapkan syukur kepadaNya. Selepas m,engerjakan tawaf bersama suami kami berhenti untuk solat Subuh. Ya Allah tidak dapat digambarkan syahdunya dapat solat yang pertama di Masjidil haram. Istimewanya solat di sini kita tidak perlu solat tahiyatul masjid dan boleh mengerjakan solat sunat tanpa mengira waktu sama ada selepas asar atau subuh. Keadaan jemaah yang bersesak2 menyebabkan aku terputus hubungan dengan suami. Panik sejenak! Camne aku nak mengerjakan saei? Sedangkan aku tidak tahu tempatnya di mana? Lidahku tidak putus2 berdoa agar Allah sentiasa mempermudahkan urusan kami. Alhamdulillah, tiba2 aku disapa jemaah Malaysia yang kebetulan solat di sebelahku mengajak untuk mengerjakan saei bersama2. Maha Kaya Allah. Aku dapat mengerjakan ibadat saei yang pertama dengan sempurna dengan dibantu oleh jemaah tadi. Selepas bertahallul, hampir menitis air mataku kerana secara tiba2 suami menegurku sedangkan kami langsung tidak berjumpa tadi. Suamiku juga berdoa agar kami dapat berjumpa semula. Labih kurang jam 8.30 pagi kami pulang ke hotel untuk berehat.

Dua minggu sebelum musim haji, suami telah mendaftar di sebuah travel agensi untuk membawa kami ke semua tempat2 bersejarah di sekitar Kota Mekah. Yang paling penting sekali kami dapat menziarahi tempat yang akan didiami selama 5 hari pada musim haji bagi persediaan mental dan fizikal. Ya lah orang cakap tempat tu terlalu padat dan orang bersesak-sesak dengan pelbagai bangsa dan budaya. Kami dibawa melawat ke Jabal Uhud, makam para Syuhada’ semasa Perang Uhud, Gua Thur, Makam Saidatina Khadijah, Padang Arafah, Jabal rahmah (tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa selepas terpisah ketika diturunkan ke bumi) Mina tempat Melontar dan akhirnya kami singgah di Masjid Ja’ranah untuk mengerjakan solat Sunat Dhuha, Solat sunat Ihram an berniat umrah sunat di situ (mikat makani). Terima kasih kepada mutawwif kerana bersungguh2 memberi penerangan kepada kami setiap kisah sejarah tempat tersebut. Ketika di makam syuhada’ itulah kami terbayang betapa siksanya paman Rasulullah SAW iaitu Saidina Hamzah ditikam oleh Wahsyi dan hatinya dimakam oleh Hindun. semasa Perang Uhud. Semua syuhada’ Perang Uhud dimakamkan di situ. Al-Fatihah.

Seminggu sebelum tibanya musim haji, iaitu pada 18 November, kami mendapat khabar gembira bahawa ayahbondaku telah diterima menjadi tetamuNya di sini. Sebelum mereka tiba, selepas solat Isya’ kami telah mencari hotel mereka dan akan membuat kejutan dengan menunggu mereka di sana. Mungkin keadaan yang terlalu padat dengan kebanjiran jemaah haji dari merata dunia, bas yang membawa mereka lewat tiba. Jam 12 tengah malam kami setia menunggu sehinggalah bas yang terakhir tiba. Suamiku terus mendapatkan mereka di dalam bas dan berguguran airmata kami kerana tidak percaya dengan ketentuan ilahi ini. (Pada awalnya permohonan ayahbondaku ditolak oleh pihak tabung haji kerana sebab2 tertentu tapi Allah Maha Kuasa…..)Alhamdulillah.

Selepas membawa barang-barang mereka ke bilik, kami terus membawa mereka mengerjakan umrah memandangkan mereka masih lagi berihram (juga kerjakan haji tamattuk). Aku tidak percaya dengan kudrat yang mereka ada kerana perjalanan yang panjang dari tanahair dan menunggu lama untuk sampai ke hotel sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk meneruskan ibadat. Aku terkedu melihat bondaku menangis teresak2 di depan kaabah selepas mengerjakan tawaf kerana bersyukur yang tidak terhingga atas inayahNya ini. Impian ayahbonda untuk mengerjakan haji bersama anak telah dimakbulkan oleh Allah. Sewaktu mengerjakan haji pada tahun 1986, mereka masih kuat walaupun ibuku sarat mengandung 8 bulan. Ketika di hadapan kaabah, aku selalu bayangkan bagaimana bonda mengharungi lautan manusia dan diberi keistimewaan oleh Allah berpeluang mengucup hajarul aswad walaupun dalam sarat mengandung.. Subhanallah…….Hampir jam 4 pagi kami sempurna mengerjakan umrah dan berhenti rehat sekejap untuk mengerjakan Solat Subuh.

Jadual Hari-hari yang dilalui seterusnya berubah. Rakan sebilikpun tak perlu khuatir kalau kami lambat pulang ke bilik kerana tanggungjawab kami bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi juga untuk ibu bapaku. Bak kata bos pakej travel ( Citra travel & Tour) yang disertai oleh ayahbonda “ Lebih baik kebajikan ibu ayah dijaga oleh anak kerana lebih sempurna berbanding mereka yang terpaksa mengurus ramai jemaah kebanyakan mereka yang uzur dan berusia.”Kami bersyukur kerana Hj. Kamil dan isteri ( Bos Citra Travel & Tour) begitu bermurah hati dan memahami. Mereka menyuruh kami makan di situ dan kalau ada kekosongan bilikpun mereka meminta kami tidur di situ. Apatah lagi hotel mereka hanya 30 meter je dari Masjidil haram berbanding kami di Hotel Jandariyyah 750 meter. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, kami menerima pelawaan tersebut. Apatah lagi apabila melihat juadah buffet mereka adalah made in kelantan yang tiada di hotel kami. Justeru itu selepas solat Subuh kami akan singgah di hotel mereka untuk menikmati breakfast nasi kerabu/ pulut pagi / laksa kelantan/ dll. Yang paling pentingnya kami dapat bersua muka dan bertanya khabar ayahbonda kami

Kesihatan ayah dan mak memang tidak menentu di sana. Kami bergilir menghantar ayah atau mak ke klinik tabung haji. Cuaca yang tidak menentu, kepadatan jemaah yang pelbagai bangsa mengundang pelbagai masalah kesihatan. Aku dan suami pun juga tidak terkecuali. Batuk kering yang menyerang sehingga berulang kali kami mendapatkan rawatan di klinik. Ayah dan mak hanya mampu berulang alik ke masjid sahaja. Pernah sekali ibu mengikut suamiku pulang ke hotel kami. Keesokkannya ibuku terus demam. Sejak peristiwa itu kami serik membawa mereka berjalan-jalan lebih-lebih lagi apabila memikirkan musim haji bakal tiba.

8 Zulhijjah 1430h, masa yang ditunggu tiba, Semua persiapan terutama dari segi mental dan fizikal telah disediakan untuk menyerah diri kepadaNya Yang Maha Kuasa. Aku sempat menelefon ibu bertanya khabar dan memohon maaf juga kepada suami. Seawal pagi kami menunaikan Solat sunat ihram dan berniat ihram haji. Perasaan yang hiba menyelimuti hati kami, Mulut tidak putus2 menyebut اللهم يسر ولا تعسر. ( Ya Allah permudahkan lah segala urusan) Sehari sebelum itu, jemaah kami di hotel telah melakukan solat hajat perdana minta Allah permudahkan segala urusan haji kami. Selepas berjam2 menunggu giliran menaiki bas, kami didatangi oleh petugas haji memberitahu bahawa bas kami akan sampai pada pukul 4 petang memandangkan kawasan Arafah dan Mina dinaiki air. Subhanallah….Kota Mekah yang kering kontang jarang memerima hujan telah berlaku satu dalil kebesaran Allah SWT. Baru aku teringat beberapa hari lepas selepas solat Subuh iaitu pada Hari Isnin, aku terdengar imam mengumumkan solat istisyqa’ (Solat sunat pohon hujan) dan ramai jemaah solat bersama2.


Alhamdulillah lebih kurang setengah jam sahaja kami tiba di Padang Arafah tanpa ada kesesakan jalan seperti diceritakan jemaah2 haji yang lepas. Disebabkan hujan yang lebat tempat penginapan kami basah dan tiada elektrik. Walaubagaimanapun kami merasakan itu ada kelebihan kerana tidur kami pada malam itu tiada gangguan dan dapat mengumpul tenaga untuk ibadat yang penting pada keesokkannya. Selepas solat Subuh, suami menjemputku untuk berjalan di sekitar Padang Arafah sebelum tiba kemuncak waktu rukun haji (wukuf di Arafah) iaitu selepas Zohor hingga terbenam matahari pada 9 Zulhijjah) Kami tak sedar rupanya kat tanahair dah menyambut hari raya AidilAdha. Suasana hiba memikirkan dosa yang menggunung dan penyesalan terserlah di setiap raut wajah para jemaah ketika ini. Tanpa ada suara orang berbual, semuanya tenang..... masing2 mengambil kesempatan memohon agar Allah mengampuni setiap dosa yang dilakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Adam AS tatkala menerima hukuman dari Allah sehingga dicampakkan ke bumi angkara syaitan durjana.

Selepas menunaikan solat Maghrib dan Isya’ secara jamak takdim kami dibawa dengan menaiki bas ke Muzdalifah bagi menyempurnakan perkara wajib haji (Bermalan di Muzdalifah). Di sini kami bermalam dengan berbumbungkan langit dan bertemankan bulan dan bintang. Sungguh indah suasana ini tidak dapat digambarkan. Bermula tengah malam jemaah semakin surut kerana menaiki bas untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Mina untuk bermalam dan melontar di ketiga2 jamrah iaitu pada 10 Zulhijjah Jamratul Aqabah, 11 hingga 13 Zulhijjah melontar di ketiga2 jamrah iaitu jamratul Sughra, Wusta dan Aqabah Sehingga pukul 4 pagi kami masih lagi tidak memperolehi bas untuk ke sana memandangkan terlalu ramai jemaah yang bersesak2 untuk mendpatkan bas. Aku dan suami hanya pasrah sahaja sehingga tatkala kami berbaris panjang itu kedengaran azan subuh. Kami terus solat subuh secara berjemaah di situ. Rupa2nya Allah telah memilih kami untuk merasai waktu yang paling disukai oleh Rasulullah saw iaitu waktu Subuh di Muzdalifah. Subhanallah…. Ada hikmah di sebaliknya

Lebih kurang pukul 8 pagi, kami selamat tiba di Mina. Dengan bantuan petugas Tabung Haji aku menemui khemah, yang merupakan tempat kediamanku di sini. Walaupun tempatku telah diambil jemaah lain tapi takpe itu dugaan kecil je bagiku, Di hujung kaki jemaah lain pun aku boleh merebahkan diri buat seketika. Macam2 peristiwa berlaku di sini, mungkin disebabkan tempat tidur yang tidak selesa, cuaca yang panas dan sejuk, jemaah yang terlalu padat, makanan yang tidak sesuai, semuanya kami anggap itu perkara yang remeh sahaja dan langsung tidak mengganggu ibadat kami. Seperti kata penceramah2 haji di tanahair sebelum ini, “jangan anggap keselesaan kita di tanahair sama dengan di Mekah”. Di sini kekuatan fizikal dan mental amat diperlukan. Setiap hari kami perlu berjalan hampir 7 km dalam keadaan berhimpit2 untuk menyempurnakan ibadat melontar di ketiga2 jamrah. Tapi kadang2 seronok gak melalui pengalaman indah ini. Terdapat peristiwa lucu yang berlaku yang mungkin tidak akan ku lupakan dalam lipatan memori. Ketika selesai melontar pada hari ke 12 Zulhijjah, suami mengajakku untuk bersiar2 di sekitar khemah jualan. Sambil mencari buah tangan untuk dibawa pulang boleh juga pekena nasi beriani atau Martabak Arab dan aiskrim. Ketika melewati satu kedai menjual makanan kami melihat ramai orang beratur untuk membeli nasi beriani. Aku dan suamipun turut serta. Bila sampai giliran, aku bertanya lauknya samaada kambing, unta atau ayam dalam bahasa arab. Penjual menggelengkan kepala. Suamiku pula bertanya dalam bahasa Inggeris dia juga menggelengkan kepala. . Akhirnya suamiku mengangkat kedua2 tangan dan membengkokkan jari seolah seperti tanduk dan diletakkan di kepala sambil menyembunyikan mmbeeek………Penjual menganggukkan kepala sambil tergelak panjang bersama2 kami. Rupa2nya penjual bukan orang Arab tetapi mungkin Bangladesh.

Pada 13 Zulhijjah lebih kurang jam 10 pagi kami menaiki bas menuju ke Mekah bagi melengkapkan rukun haji ke 3, 4 dan 5 secara tertib. Atas sebab2 tertentu, kami menangguhkan dulu untuk mengerjakan tawaf Ifadah atau tawaf Haji. Keesokkannya harinya kami bersama ayahbonda mengerjakan tawaf, saei dan tahallul bersama2 selepas asar. Kertika sampai di tempat tawaf ibuku menarik semula tanganku kerana terkejut melihat lautan manusia sedangkan suami dan ayah telah mendahului kami. Dengan sisa tenaga yang masih ada dan yang pastinya doa kepadaNya yang tidak putus2 kami berjaya menyempurnakan tawaf dan selepas isya’ kami menyambung dengan ibadat saei dan tahallul. Alhamdulillah…..Selesailah ibadat haji kami…mudah2an diterima di sisiNya.Aaaamiiiiiiin…

Seminggu selepas musim haji, ayah mengadu sakit di dada dan kesukaran bernafas kerana batuk yang berpanjangan. Rupanya2 ayah berada dalam keadaan ini sejak di Mina lagi. Aku membawa berjumpa doktor dan doktor menelefon ambulan untuk menghantar ayah ke Hospital Syisya. Aku dan suami tidak dibenarkan mengiringi ayah kerana ramai pesakit yang berada di dalamnya. Aku segera memaklumkan kepada Citra Travel dan meminta mereka bersedia untuk mengambil ayah selepas selesai rawatan. Alhamdulillah selepas didignosis ayah bebas daripada penyakit jantung. Mungkin cuaca sejuk dan tenaga yang maksimum digunakan semasa di Mina menyebabkan tubuh ayah lemah. Aku juga terkejut kerana rupa2nya ibuku juga demam yang teruk di biliknya pada ketika itu.

Seminggu sebelum pulang ke tanahair, suami sempat lagi mendaftar di sebuah travel agensi yang sedang membuat promosi di tempat penginapan kami. Keesokkan harinya kami dibawa menziarahi ladang unta (sempat menikmati susu segar unta), muzium dan singgah di masjid yang dibina oleh Rasulullah semasa peristiwa pembukaan Kota Mekah iaitu masjid Quba’ di Hudaibiyyah. Kami sempat mengerjakan solat dan berniat ihram umrah di situ. Sebelum ini kami akan pergi ke masjid di Tana’im pada waktu 3 pagi untuk berniat ihram umrah. Waktu2 yang dilalui di sini terasa padat tapi badan tidak terasa penat. Maha Kuasa Allah. Pernah sesekali selepas solat Isya di Masjidil haram dan singgah sebentar di hotel ayahbonda, suami mengajak aku mencari Pasar Borong bagi mencari buah tangan untuk di bawa pulang. Selepas bertanya jalan dengan orang2 Pattani yang menetap di Mekah, kami menyelusuri jalan dengan melewati beberapa hotel dan juga kedai...maha besar Allah, akhirnya kami sampai di pasar borong tersebut yang terletak selepas Perkuburan Mala.

Dua hari sebelum berangkat pulang, kami menjemput ayahbonda untuk menikmati sarapan di D Saji Felda satu2nya restoran Malaysia kat Mekah yang terletak di Safwah Tower. Walaupun beratur panjang dan harga yang mahal (roti canai sekeping RM 5) tapi rasa puas hati dapat menikmati bersama dengan ayahbonda dalam keadaan selesa. Alhamdulillah. …. Tetapi selepas itu, ayahku demam lagi mungkin kepenatan berjalan semalam dengan ditambah cuaca yang terlalu sejuk. …Doa yang tidak putus2 agar mereka sentiasa diberi kesihatan dan selamat pulang ke tanah air.

Hari untuk meninggalkan Kota Mekah sudah tiba. Saat mengerjakan tawaf wida’ airmata bercucuran “Aku akan rasa rindu kepada Mu…selepas ini.” InsyaAllah kami akan datang lagi. Tepat jam 2 pagi bas membawa kami ke Hujjatul Jedah iaitu tempat transit sementara yang mana waktu penerbangan kami yang dijangkakan pada pukul 4 pagi keesokkkannya. Di sini kami melalui proses timbang barang dan tidak dibenarkan keluar dari kawasan Hujjatul Jedah. Selepas menunggu dengan penuh kesabaran, hampir separuh hari ketika berada di airport Jedah (delay 5 jam) kami berlepas pada pukul 12 tengahari waktu Jedah dan selamat tiba di tanahair pada pukul 12.30 malam waktu Malaysia. Alhamdulillah….. Pengembaraan kami selama 44 hari di bumi anbia rasa tidak cukup untuk mengutip semua rahmat Allah yang berada di sana. Terima Kasih Allah kerana memilih kami menjadi tetamuMu kali ini. Nikmat yang Engkau kurniakan tidak mampu kami hitung….Insyaallah kami akan ke sana lagi.

catatan dairi,
Norahmie 2010

Saturday, February 13, 2010

cuti sem ni tak balik.....isk..isk, tp rasa nak balik.

nak balik...nak balik...alamak teringat kat umah la plak,
awal2 ari tu tekad rasa tak nak balik...bila sampai masa, dan student lain beransur2 mengosongkan blok masing2 rasa sayu n sepi lalu teringat kat rumah.."ma dok wak gapo weh masa ni"....

sekarang cuti sem baru bermula..smlm baru siap buat shedule bg memenuhi masa cuti ni..matlamat dlm cuti ni paling penting skali nak siapkan chapter 2 dan 3 tuk thesis...sbb chapter seteusnya kena buat lps aku pegi buat research kat sekolah Smk Seri Bintang Selatan tu..

yang lain2 kalau sempat nak tengok la skit projek2 berkumpulan tu.antaranya: al-barqy, n multimedia project in fourth year student.insyallah sempat...Ya Allah permudahkan la urusan kami.
and then, klu diberi kesempatan lg nak baca tuk subject yang ada midterm tak lama lg...itu lah stakat ni perancangan yang ada.

anda boring tak? klu boring baca la article sahabat saya diruangan ini. tajuknya "sabar itu manis" dan "hijrah"
http://www.alumniyk.blogspot.com/
n bg la komen skit....tuk smgt menulis tu tak hilang.

Sunday, January 24, 2010

my task at last year.....

huhu..................bz..bz..bz (first expression)

banyak sungguh keje, maklum la nak habis kan sisa2 akhir kat usim ni bkn senang....

perlu byk pegorbanan kan kawan2.....hehe. tu belum tentu lagi dapat grade ke tak, em..slagi tak lps muet slagi tu la kena usaha hingga ke titisan terakhir.

slain muet, thesis...................

hehe..lg la mantap, kena siapkan sebelum grade jgk..dlm bulan 4.. Alhamdulillah, proposal dah antar, ...em, chapter 1 on progressss.....tp dah lama on progress..hihi..tak siap2 jgk....dah terbengkalai lama nak buat balik mood hilang. tolong saya........

itu semua yg wajib buat...

kebelakangan ni, ada lak assignment2 lain muncul...firsltly, subjek multimedia internet....emm kena create website with system, alamk.... yg dulu pun tak lps nak buat, tu mujur ada member2 lain satu group tolong....proposal dah siap, full report pun kena antar nanti........kena present plak tu...e.. tu yg risau,bkn ape takut kena kat saya ..hehe..
subjek database.......lbih kurang sama la, ish..ish.penat2, ebscohost kena present ari kamis ni..huhu.

lain lak ngan method pengajaran Quran n tahfiz, tak abis2 ada kaitan ngan al-barqy....dari pencarian kitab, tak jumpe2...siap call tempat publisher lg tya tempat yg ada jual buku tu, sekitar kl...........akhirnya pencarian kami termakbul, pustaka mukmin jln tar ish..langsung la kami ke sana..

last skali.(stakat ni la) tuk subjek pemasaran kewangan.........ni pun satu, setiap kali tutorial mesti ada keje dia bagi....kali ni kami kena pilih satu product dlm bidang financial, n present lagi..huhu

tu la nak jadi student kena la struggle lebih skit...lbih dari di medan perang plak ayat nyer, tp balasan nyer sama kan apabila mati, mati syahid....

ok la........sambung lagi nanti

nak bsiap pi kelas..bye


Thursday, December 10, 2009