Sunday, May 24, 2009

Al-Fatihah Untukmu
(Arwah abg chik)

10 September 2005

Aku bergembira tatkala itu, ketika menghadiri satu majlis perkahwinan di rumah jiran lama di Bukit Permai (k.Sya)….
Tiba-tiba sahaja air mataku mengalir menandakan kepala ku sakit, sakit yang tidak tertahan memaksa suamiku membawaku pulang..aku telah tertidur setelah mengambil ubat….
Tepat pukul 11.30 mlm, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari adikku dikampung “kak, abg chik dah tak de” aku terus kaku , bagaikan bermimpi…air mataku mengalir deras. Baru aku teringat, adikku ada menelifon sehari sebelum itu, mengatakan abg chik ditahan di wad kerana demam. Tapi sebenar bukan demam biasa, dia telah disyakki menghidapi demam denggi berdarah …dalam keadaan tidak sedar itu, berpuluh-puluh sms dan miscall masuk ke hanset ku. Aku dan suami terus pulang pada malam itu, perjalanan yang mengambil masa 6 jam bagaikan 10 jam lamanya…

Kenangan indah bersamanya menerawang di fikiranku. Dia pernah merajuk tidak mahu pulang ke kampong selagi tidak mampu membawa apa-apa yang boleh dibanggakan oleh ayah bonda. Perasaan rindu yang mendalam membuatkan kami melakukan pelbagai cara untuk memujuknya pulang. Takdir menentukan kami bertemu di KL, tatkala aku menyambung pengajian di sebuah IPT di KL.
Setiap kali bertemu, akumerayu kepadanya supaya pulang. Emak dan ayah terlalu merindukannya sehingga tidur ibuku diganggu mimpikannya.

Ramadhan 2000, Allah memakbulkan jua doa kami untuk bertemunya walau di dalam keadaan yang berbeza.. kunjungan polis ke rumah membawa khabar dukacita. Abg chik di timpa kemalangan dan di masukkan ke hospital Kuala Lumpur. Tanpa sesuap nasi, kami bergegas ke KL dengan bantuan jiran ku. Keadaan abg chik amat parah dan dia tidak sedarkan diri, doctor mengatakan dia mengalami kecederaan di otak..3 hari telah berlalu, ayah mengatakan gerak hatinya, abg.chik mungkin meninggalkan kita semua memandangkan perkembangan kesihatannya terlalu lemah dengan kecederaan dialaminya terlalu teruk. Walau pun demikian, jauh di sudut hati,kami masih berharap..
Moga-moga masih ada masa untuknya..

Kuasa Allah menentukan segala-galanya, seminggu abg.chik dirawat di kl, dia mula menunjukkan reaksi positif.(Ahamdullillah….Ya Allah..syukur keranaMu masih memakbulkan harapan kami semua.) selepas seminggu disana, abg chik di pindahkan di hospital berdekatan dengan rumah. Dia bukan abg chik yang di kenali dulu. Kami bergilir-gilir menjaganya. Aku tidak jemu-jemu melatihnya membaca menyebut perkataan, menunjukkan gambar-gambar keluarga. Aku mencari identity abg. Cik yang sebenar. sementelah lagi bertahun kami tidak bertemu. Kasih abg. Long terhadap adiknya tidak bertepi, stiap pagi akan melatihnya berjalan semula, membawa ke pusat fisioterapi, menukar pempersnya dsbnya…

28 Ramadhan, doctor membenarkan kami membawa nya pulang ke rumah. Sebagai tanda gembiranya kami menyambut kepulangan walapun tidak seindah dulu, kakak telah mengubah suai rumah dan bilik tidurnya. Rakan tauladan dan saudara mara bertali arus mengunjunginya.kami menjaganya bagai menatang minyak yang penuh lebih-lebih lagi semua perkara perlu diajar bagaikan budak kecil. Allah menguji kami, doa tida putus-putus dipanjatkan kepadaNya agar abg chik kembali normal.

2001, setahun kemudian, abg chik beransur pulih. Emak tidak membenarkan abg kembali ke KL walaupun majikan nya berkali-kali menalifon untuk menyambung perkhidmatannya. Betullah apa yang dikatakan ada hikmah di sebalik ujian Allah. Tempoh masa 5 tahun, abg chik telah mengorbankan sepenuhnya aper yang terdaya kepada kami lebih-lebih lagi terhadap emak dan ayah. Hidupnya untuk orang lain, kebajikan emak dan ayah dijaga tanpa ada sedikit pun kekurangan. Kami adik beradik yang lain mengharapkan dia, kerana desakan kerjaya dan tanggunjawab membuatkan kami terpaksa tinggal berjauhan dengan emak dan ayah.

2 jun 2005, abg chik melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan emak, dia mengikut apa sahaja yang ditentukan oleh emak dan ayah. Betapa mulia hatimu. Sebelum kahwin dia sempat menyiapkan rumahnya bersebelahan rumah ibu. Dia betul-betul seorang suami dan anak yang bertanggunjawab.

Insan yang baik, selalunya sekejap sahaja dipinjamkan kepada kita. Abg chik kita tidak akan bertemu lagi di dunia ini. Walaupun masa yang di berikan terlalu singkat namun ia sudah cukup mengajar kami erti pengorbanan Setiap kali berkesempatan berborak dengannya, bibirnya tidak lekang menyuruh kami melakukan yang terbaik untuk emak dan ayah selagi mereka masih ada. Aku masih ingat, setiap kali berkesempatan berborak di telefon, perkataan pertama keluar di bibirnya ialah bila nak bawa mak ayah datang ke Kuala Lumpur. Aku memahami isi hati abang Chik iaitu seboleh mungkin ingin membuang kesepian orang tua kami yang jauh dari anak-anak dan cucu-cucunya. Ibu yang tabah tanpa secalitpun menunjukkan kesedihan atas pemergian Abang Chik bercerita pernah suatu ketika bonda demam( tidak diwar2kan kepada kami) Abang Chik akan datang memeriksa setiap pagi sebelum ke tempat kerjanya untuk memastikan kebajikan ibu terjaga, memicit-micit seluruh badan bonda, memastikan ubat diambil dengan betul. Itulah rutinnya setiap hari sehingga bonda sembuh. masa Hanya gambar pengubat kerinduan, walau pun tempoh 5 tahun terlalu pantas berlalu, tapi engkau telah melakukan yang terbaik untuk menebus segala kekurangan sebelum ini. Pengorbananmu terhadap aku begitu bernilai dengan harapan agar dibalas oleh Allah sebagai sahammu di sana. Baktimu terhadap ayah bonda tiada tandingan. Engkau akan mengenepikan kepentingan diri semata-mata untk memenuhi kemahuan orang lain. Kebajikan ayahbonda dijaga dengan sebaik sehingga kedua orang tua kita mengatakan tiada penggantimu sebagai tukar gantinya. Mungkin Engkau tidak menghampakan permintaan kami. Kami pasrah dengan takdir Ilahi. Kami betul-betul terasa kehilanganmu. Aku tidak sangka rupanya, dalam saat ku bergembira meraikan pengantin baru di rumah jiran, dalam masa yang sama abang chik sedang bertarung dengan sakaratulmaut. Dengan sebak adikku bercerita kesan darah di sisa minuman yang terakhir yang tidak sempat dihabiskan menandakan virus durjana itu telah melemahkan imunasinya. Ibuku dengan sisa kudrat yang ada hanya mampu berdoa agar abang Chik diberi peluang lagi untuk menghirup udara segar ciptaan Ilahi namun kekuasaannya mengatasi segalanya….Saat dahimu dikucup untuk kali terakhir bagaikan bukan di alam reality. Engkau pergi selepas sempurna segalanya. Dapat memenuhi impian emak dan ayah untuk melihatmu menjadi suami orang walaupun seketika. Yang pastinya kami pula akan menyusul, masa dan bila, hanya Allah sahaja yang tahu. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan mu di alam baqa’ . semoga rohmu ditempatkan di kalangan solihin… Al-Fatihah….






Created by,
norahmie…..

Sunday, May 17, 2009


Praktikal, praktikal…..

Dah seminggu aku praktikal…oh, I’m forgot to mention, aku paraktikal kat ppd machang…kelantan. Aku pilih ppd machang ini sebab ia berdekatan dengan rumah aku...jadi senag la skit aku pi sana….kalau orang yang kenal aku terkejut bila diorang tau aku pegi keje dengan motor..sebenarnya aku penakut..harapkan lesen jer ada, aper org kata lessen gantung wak freme..hehe

Kat ppd tu, aku praktikal kat bahagian pembanggunan sek rendah,pra sekolah and guru ganti.di bawah seliaan tuan haji Razali Mustapha…kat sini smua stafnya ok.,.selalu memberi tunjuk ajar kat aku antaranya, puan Rafizam di bahagian kewangan, penyelia aku sendiri Tuan hj lie, Tuan hj Aziz timbalan pengarah, ustaz Abrisam dan ustazh Pah di bahagian pendidikn islam & J-QAF…

Disini, saya praktikal dengan 2 orang kawan, sama2 belajar kat usim dan dari fakulti (fakulti pengajian quran dan sunnah) yang sama iaitu, farah wahayu dan Wan Khairiah..tp berlainan cOurse la, aku dan Farah quran dan multimedia manakala wan,quran sunnah pure….

Setiap hari aku bertolak pegi keje kul 7.30 pg dan balik kul 5.10 ptg..
Penat sungguh…
Tapi penat2 tu la yang banyak memberi manfaat dan faedah kat kiter nnti kan??

“Pemilik cintaku setelah Allah & Rasul”

Pada 23 april lps, aku telah telah membeli sebuah buku bertajuk “Pemilik cintaku setelah Allah & Rasul” di pesta buku PWTC..tp bukan aku pegi sendiri, aku kirim kat kawan…hehe..
Aku yang sememangnya bukan nyer suka sgt membaca.. tp bila kawan2 aku yang dah beli mengatakan buku tu syok la.., jadi aku rasa teruja ingin tahu apa yang ada kat dalam buku tu….sebenarnya aku baru jer habis baca keseluruhan isinya pada sabtu lepas..lamakan?

Kat sini sebenarnya aku nak kongsi la sedikit tentang isi buku dan pendapat aku tentang buku tersebut….

setelah aku baca keseluruhan buku tersebut aku rasa syok sgt ….
Dengan kisah qani’ah dan bakal suaminya yang memelihara hubungan dengan berlandaskan syariat islam sehingga ke jinjang pelamin..kalau diikutkan zaman sekarang jarang sangat anak2 muda yang dapat memelihara hubungan mereka sebegitu rupa..malah yang tiada apa2 ikatan pun lebih suka berdua2an di setiap penjuru..

Pada bab1, tiada cinta sebelum kahwin… aku suka sangat prinsip yang dipegang qani’ah yang mana ketika dalam tempoh belajar dia nekad dengan niat untuk belajar..sehingga lah ketika di universiti dia telah menerima beberapa risikan ttp….dia menolak dengan baik..sehinggalah dia berjumpa dengan seorg lelaki yang betul2 dapat menawan hatinya yang dihiasi dengan sifat yang terpuji..kata2 qani’ah “cinta hanya untuk suami, takkan kukongsi”

Dalam buku ini juga diselit juga dengan tips menepis cinta remaja yang melalaikan,kewajipan yang ada pada seorang muslim, tips memiliki syurga dunia di alam rumah tangga…dan byk lg la…
Dan juga disertakan doa2 yang sesuai…

Pendek kata rugi kalau tak baca buku ni…untuk pengetahuan, buku ni adalah keluaran yang terbaru Fatimah syarha..
Sama2 lah kita mengambil manfaat dari buku ini…

Saturday, May 16, 2009

in progress

Assalamualaikum.....

maaf blog saya masih dalam proses
ini adalah kali pertama mencuba membuat blog sendiri...

diharap kawan-kawan dapat membantu meneruskan penulisan dalam blog ini..

masih banyak lagi ilmu dan tunjuk ajar yang di perlukan..

wallahuaklam