Friday, July 17, 2009

semester baru bermula...


Sekarang aku dah ditahun akhir pengajian....dah lama rupanya belajar kat usim ni, sedar tak sedar dah hampir empat tahun..huhu

Bila tengok lagak junior2 teringat pulak masa mula2 masuk usim..

ada satu masa tu, ketika program minggu taaruf yang buat pada waktu malam kat kolej kediaman..tak ingat program ape, tp nak crite kat sini.. selesai jer program itu semua bersurai..aku pulak mula gelabah nak cari blok aku yang mana satu...dari satu blok ke satu blok puas aku cari, hingga sampai stgh jam lebih aku round kawasan tu...aku rasa pada masa tu semua org tengok kat aku...ish ish malu la. dah letih penat mencari..aku rehat jap kat kerusi batu, tup-tup bila bpaling ke kanan rupa-rupanya aku dah berdiri sebelah blok aku...rasa nak tergelak ...

bila teringat balik, mcm mana la... aku boleh sesat..banggunan bukan byk sangat pun...

Thursday, July 9, 2009

Hari Terakhir Praktikal....

untuk tatapan semua staff PPDM
antara ucapan dalam majlis perpisahan kami...

Assalamualaikum….

Saya sebagai wakil kepada kawan-kawan saya untuk memberi sepatah 2 kata sebelum menamatkan latihan amali dan industry kami di PPD ini.

Sesungguhnya kami sungguh bertuah kerana dibenarkan untuk menjalani praktikal disini, segala tunjuk ajar dan layanan yang baik kepada kami amat kami berterima kasih.

Banyak ilmu dan pengalaman telah kami timba disini, terutamanya ilmu pengurusan pejabat, adalah merupakan ilmu yang paling berharga untuk kami.
Kesemua ini akan kami jadikan panduan setelah memasukki alam pekerjaan nanti.

Buat akhirnya, kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih… dan doakan kami bertiga Berjaya menamatkan pengajian kami yang masih berbaki setahun lagi dengan cemerlang.

Sekian terima kasih…